Saturday, June 13, 2015

USUL TAFSIR : ISU TALKIN

SOALAN :
Tentang TALQIN :::

Pandangan, ada baca talqin sbb utk nk ingatkan kpd pendengar yg turut hadir masa pngebumian. Bukan asbb nak ajar si mati.

Ibnu Taimiyyah dalam Majmu` Fatawa jilid 24 halaman 297 akan kata-kata berikut:-
Telah ditanyai orang akan Ibnu Taimiyyah berkaitan hukum talqin bagi mayyit di kuburan setelah selesai dikebumikan. Adakah shohih hadits padanya daripada Nabi s.a.w. atau daripada sahabat baginda? Dan adakah apabila tiada sesuatu riwayat mengenai amalan tersebut, ianya boleh diamalkan atau tidak? Maka dia menjawab:
هذا التلقين المذكور قد نقل عن طائفة من الصحابة‏ أنهم أمروا به، كأبي أمامة الباهلي، وغيره‏.‏ وروي فيه حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم، لكنه مما لا يحكم بصحته، ولم يكن كثير من الصحابة يفعل ذلك، فلهذا قال الإمام أحمد وغيره من العلماء‏:‏ إن هذا التلقين لا بأس به، فرخصوا فيه، ولم يأمروا به‏.‏ واستحبه طائفة من أصحاب الشافعي، وأحمد، وكرهه طائفة من العلماء من أصحاب مالك، وغيرهم‏........ وقد ثبت أن المقبور يسأل، ويمتحن، وأنه يؤمر بالدعاء له‏.‏ فلهذا قيل‏:‏ إن التلقين ينفعه، فإن الميت يسمع النداء‏.‏ كما ثبت في الصحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال‏:‏ ‏(‏إنه ليسمع قرع نعالهم‏)‏، وأنه قال‏:‏ ‏(‏ما أنتم بأسمع لما أقول منهم‏)‏، وأنه أمرنا بالسلام على الموتي‏.‏ فقال‏:‏ ‏(‏ما من رجل يمر بقبر الرجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا رد اللّه روحه حتى يرد عليه السلام‏)‏‏.‏ واللّه أعلم‏.‏
Adalah talqin yang tersebut, ianya telah dinukilkan daripada sekelompok sahabat di mana mereka menyuruh melakukannya, seperti Sayyidina Abu Umamah al-Bahili dan selainnya. Telah diriwayatkan padanya hadits daripada Nabi s.a.w. akan tetapi ianya tidaklah dihukumkan sebagai hadits yang shohih dan kebanyakan sahabat tidak melakukannya. Maka atas dasar inilah berkata Imam Ahmad dan ulama lainnya bahawa talqin itu adalah amalan yang tidak ada apa-apa kesalahan jika dilakukan (yakni ianya adalah perkara yang harus atau mubah untuk dilakukan menurut Imam Ahmad), maka mereka memberi kelonggaran pada amalan tersebut (yakni tidak bersikap keras menegahnya) dan tidaklah pula mereka menyuruhnya. Dan sekumpulan ulama mazhab Imam Syafi`i dan mazhab Imam Ahmad menghukum amalan talqin ini sebagai MUSTAHAB (disukai), manakala sekumpulan ulama daripada mazhab Imam Malik dan selain mereka menghukumkannya sebagai makruh. .............. Dan telah sabit bahawasanya ahli kubur itu ditanya dan diuji, dan bahawasanya disuruh kita mendoakan dia, oleh itu dikatakan orang bahawa talqin itu bermanfaat bagi mayyit kerana sesungguhnya mayyit itu mendengar dia akan seruan (percakapan) sebagaimana sabit dalam hadis yang shohih daripada Nabi s.a.w. di mana baginda bersabda: "Bahawasanya dia (yakni si mati) mendengar derapan kasut-kasut mereka (yakni orang - orang yang menghantarnya ke kubur)." Dan bahawasanya Nabi menyuruh kita untuk memberi salam kepada orang mati, di mana baginda bersabda: "Tidaklah seseorang yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya sewaktu di dunia dahulu, lalu dia mengucapkan salam kepada si mati tersebut melainkan Allah akan mengembalikan rohnya sehingga dia boleh membalas salam tersebut."

http://www.e-fatwa.gov.my/

Brdasarkan pd sirah ketika selesai perang badar, Nabi ada brkata kata pd mayat Abu Lahab lalu sahabat brtanya ",Apakah mereka blh mndgr kata2 kamu ya rasulullah? Nabi mnjawab ' ya' cuma mereka x mampu brcakap. Dari situlah ada branggapan bhwa talqin di bolehkan utk mberi peringatan pd si mati sblum dtgnya mungkar wa nakir. Tp tiada sunnah nabi mmbaca talkin pd si mayat. Ia bukan berupa ibadat khusus tp berupa ibadat umum. Perselisihan ini berlaku hanya pd ibadat umum yg mana ada yg di tambah2 atau di kurang atau yg di adakan. Jika telah lengkap 4 rukun jenazah, mandi,kapan,solat dan tanam maka ia sudah sah kerana ia ibadat khusus. Tentang talkin ni,ia tiada boleh merosakkan aqidah cuma ia bkn lah sunnah tapi dpt jg pahala sunat kerna membaca quran. Wallahualm. Maaf... sekadar kongsi ilmu .

JAWAB :
Tak puas hati ajaran Quran ke UsZa?

Tak bolih di jadikan hujah hadis lemah..dhoif

Tanya hadis di kelas hadis.

Patutlah UsZa tak dengar hadis ini... nabi kata pd kafir mati di uhud. Nabi kata pd kafir mati di beberapa tempat lain ...nak tahu ke hadis itu?

Dok kata nabi cakap dgn Abu lahab saja...

Di badar

Nak dengar ke?????

Siapa lagi

Jawab nya tiada hadis itu.....

Nabi kita tak pernah pergi ke mana2 kubur org kafir dan tanya atau bercakap dgn org mati

Jadi apa maksud bercakap dgn Abu lahab di badar?????

Itulah mukjizat nabi.

Bukan utk kita . Jangan tertipu dgn org2 zighun... org2 yg hati mrk condong pd sesat.

Ustaz Ayah Aji Rosman, [13.06.15 17:12]
Seru org sudah mati itu ...dah Allah beritahu dalam surah Rom dan Fatir.. Kita tak bolih perdengar pd org dah mati.

Seru org mati... lawan ayat2 itu... itu kufur.

Sebab itu nabi kita tak buat atau ajar. Sahabat2 pun tak buat.

Bila tak puas hati dgn ayat Quran. ..cuba bawa hadis dhoif.. aik pelik ..

Sesiapa saja , tak kira siapa yg seru org mati begini perlu berhenti dan bertaubat.

Inilah Jahiliah. Inilah kufur

Ummu Yaser, [13.06.15 17:14]
Naudzubillahi min dzaalik
Ayah Ajiwalaupun mereka yg buat talkin ni beralasan ia perkara khilaf sekalipun tetap dihukumkan kufur perbuatan tu lah ye?
Sebab dah jauh dari Al Quran mereka lebih utamakan kalam ulama
dan jauh dari hadith nabi saw juga

Ustaz Ayah Aji Rosman, :
Ayat Quran ummu. .. itu lah masalah nya
Ya.. suka terima pendapat guru jahil Quran dan sunnah lah punca nya.
Sebab itu juga mrk berani buat bidaah2 seolah2 ibadat yg nabi ajar.

(مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ)
[Surat Ghafir 4]

via @QuranAndroid

Tidak membantah mrk pd ayat2 Allah. ...krn amalan bidaah mrk...melainkan org2 kafir saja.
Jgn lah kamu terpengaruh dgn sibuk nya mrk di muka bumi .. dgn amalan2 bidaah mrk.

Nathrah My, [13.06.15 17:21]
Betul ayah haji.
Sy pernah dgr...itu mukjizat nabi

Nathrah My, :
Hanya berlaku ketika itu.. sama sperti hadis nabi pacakkan pokk d kubur bila trdengar penghuni kubur tu kena siksa.. selepas itu sahabat x buat pun

Ustaz Ayah Aji Rosman,:
Betul Nathrah. .. kalau ada.. Ini kubur org penjudi ... bawa pelepah tamar..
Ini kubur Anak durhaka.. bawa pelepah tamar..
Tak ada. ...Ini satu saja hadis dan para sahabat nya yg ada ketika itu pun selepas nabi wafat mrk pun tak buat.
Mukjizat nabi kita

*********************************************************************************

Nabi SAW pernah memberitahu tentang tempat-tempat matinya kaum Musyrikin pada Perang Badar, padahal perang belum lagi berlaku, dan nyata selepas itu bahawa semuanya benar dan tepat.


No comments:

Post a Comment