Wednesday, April 29, 2015

BIODATA AYAH AJI ROSMAN




Nama Rosman bin Ab Hamid

Asal dari Kota Bharu, Kelantan. Tinggal dan menetap di Tok Bali. Kini berhijrah ke Kuala Lumpur.
Belajar di ITM pd 1973 hingga ke peringkat Diploma. Bidang applied science. Khususi polimer chemistry.

Pernah menjadi guru Ilmu Hisab(Matematik) dan Sains Tingkatan 5 pada tahun 1976 selama 7 tahun.

Buat Housing Scheme 1987.

Membina Jetti terbesar Tok Bali 1993.

Belajar Tasauf dan Wirid khas 1976.

Bertapa dalam kubur dan di rumah 20 kali semasa zaman jahiliah.

Menjadi guru wirid-wirid keramat.

Belajar Tafsir daripada anaknya iaitu Tn Guru Ustaz Solahuddin Al Ayyubi pada umur 48.
Lalu bertaubat pd hari mula-mula belajar tafsir.

Belajar tafsir dengan Maulana Abdul Hadi Yaakob tiga kali khatam dan juga Hadis Muatha, Tarmizi dan Abi Daud.

Masih lagi belajar kitab-kitab hadith Bukhari, Muslim, Nasaie dan Ibn Majah serta Misykatul Musobih

Belajar Usul Tafsir khatam dengan Maulana Nik Mat dari Paya Purnama Kota Bharu. 
Belajar juga Tafsir dan kitab Bukhari dan Misykatulusobih dengan Maulana Nik Mat.

Belajar Usul Tafsir dgn ust nik mat secara berseorangan, 3 jam sehari, 6 kali seminggu selama 6 bulan.

Juga belajar hadis Termidzi dan Abi Sorg Sorg dengan Maulana Hadi.

Telah mengajar Tafsir hampir 9 tahun.

Di halau daripada 14 buah masjid dan surau.

Telah mengIslamkan hampir 40 orang Atheis dan Kristian.

Mengajar tafsir dengan tujuan dapat menghidupkan semula hujjah asal iaitu Al-Quran.

No comments:

Post a Comment